Thursday, May 26, 2016

Pistachio Dayana



Pistachio Dayana drama melayu terbaru dalam slot Aurora di 9 lakonan pelakon-pelakon baru, Nuremy Ramli, Adey Safren, Shima Anuar.



Sinopsis Drama Pistachio Dayana Slot Aurora 9Pistachio Dayana mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dayana yang berperwatakan kasar namun sebaliknya pula di alam maya.
Menggunakan nama Pistachio Dayana di laman sosial, dia terpikat pada seorang kenalannya yang menggunakan nama samaran Kiwan Ps. Kiwan Ps atau nama sebenarnya Ikhwan merupakan seorang jejaka yang tampan, periang dan berbudi bahasa. Menggunakan iPad yang sering dibawa ke mana sahaja, Ikhwan atau lebih dikenali dengan Ikh seringkali membalas mesej peribadi Dayana di laman sosial.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari, Dayana keluar berjalan setelah terasa dirinya diasingkan semenjak ayahnya berkahwin lagi setelah kematian ibunya. Dayana singgah di sebuah kedai untuk mencari kacang Pistachio kegemarannya, namun tiada dan terpaksa membeli kacang yang lain atas cadangan pemilik kedai tersebut. Malangnya, kacang yang dimakan membuatkan Dayana mengalami sakit perut dan kebetulan pula dia berada berhampiran restoran milik abangnya, Faris lalu segera ke sana.
Sewaktu ke bilik air, Dayana dan Ikhwan bertembung, namun berlaku kejadian yang tidak diingini membuatkan kedua-dua mereka salah faham. Dayana menjerit membuatkan abangnya segeramelihat kdaan yang berlaku. Disebabkan mereka berdua tidak pernah bersua muka, Dayana terus menganggap Ikhwan sebagai orang asing atau pervert yang mengekorinya pulang.
Sebaliknya Ikhwan seolah-olah mengetahui Dayana itu ialah Pistachio Dayana dan mula memberi cadangan kepada Dayana supaya mengejarnya. Kdaan mula menjadi kelam-kabut, adakah Dayana dapat menerima Ikhwan sebagai Kiwan Ps atau segera tidak berkawan lagi di laman sosial.
Free Download Drama Pistachio Dayana Slot Aurora 9Episod 1Episod 2
Episod 3Episod 4

No comments:

Post a Comment